SUMBANGAN KOMPUTER RIBA YPM

Pada 26 Ogos 2022, saya telah menyampaikan sumbangan komputer riba Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 3 orang pelajar daripada keluarga B40 dalam Parlimen Kuala Kedah.

Yang pertama adalah Siti Zulaikha binti Othman di kediamannya di Kampung Sungai Papan. Beliau adalah pelajar Tingkatan 6 Kolej Sultan Abdul Hamid. Turut hadir bersama saya, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah, Ketua UMNO Cawangan Sungai Papan, Penolong Kanan (HEM) Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) dan beberapa orang guru KSAH serta Pegawai YPM.

Seterusnya saya menyampaikan sumbangan komputer riba kepada Syed Fakhrul Dini bin Syed Muhammad Fairos, pelajar diploma bidang kimpalan besi Kolej Vokasional Alor Setar di rumahnya di Pekan Kuala Kedah.

Pelajar ketiga adalah Nur Alia Najwa binti Azhar, pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Polytech MARA Kota Bahru. Saya menyampaikan komputer riba kepada ayahnya di Taman Harapan, Kuala Kedah kerana beliau masih di Kelantan.

Terima kasih Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di atas sumbangan untuk pelajar-pelajar daripada keluarga B40 di Parlimen Kuala Kedah. Semoga mereka semua akan lebih bermotivasi untuk belajar selepas menerima komputer riba ini.


                                        











Comments