TIADA LAGI RAMLI TOK PULAU

Dukacita dimaklumkan Abang Ramli Harun, Ketua UMNO Cawangan Tok Pulau telah kembali ke rahmatullah pada pagi 16 Ogos 2022.

Allahyarham merupakan seorang pejuang UMNO sejati yang sangat rapat dengan saya. Keadaan kesihatan beliau mula merosot sejak 4 tahun lalu dan sering keluar masuk hospital. Saya sempat menziarahi beliau beberapa kali. Persidangan tahunan cawangan Tok Pulau masih tetap diadakan di rumahnya walaupun ketika beliau kurang sihat.

Salam takziah diucapkan kepada Kak Azizah (isteri beliau adalah AJK Wanita Bahagian) dan keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-fatihah.

                                                     









Comments