ZIARAH KETUA WANITA CAWANGAN DAN AJK PEMUDA BAHAGIAN

Baru-baru ini saya juga berkesempatan menziarahi Puan Sakinah, Ketua Wanita UMNO Cawangan Telok Talipon yang retak tempurung lutut baru-baru ini. Turut bersama saya Ketua Wanita UMNO Bahagian dan Jawatankuasa Wanita serta Setiausaha Bahagian.

Selepas itu saya melawat Puan Zalilah, Ketua Wanita UMNO Cawangan Seri Pantai yang baru menjalani pembedahan akibat patah tulang paha. Saya sempat juga singgah melihat perkembangan kesihatan Saudara Izzul, AJK Pemuda UMNO Bahagian di kediaman beliau di Peremba.

Semoga mereka semua cepat sembuh.
                                     













Comments