ZIARAH PESAKIT DIABETES DI HUTAN PUTUS

Pada 15 Ogos 2021, saya telah meziarahi tiga orang pesakit diabetes yang mengalami komplikasi kaki di Kampung Hutan Putus. Salah seorang daripada mereka telah menjalani amputasi kaki (below knee amputation). Saya turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada beliau.

Seterusnya, di Kampung Batas Paip, saya menziarahi Pakcik Abd Ghani Shaari. Beliau akan menjalani CT scan minggu hadapan untuk masalah ketumbuhan dalam abdomen. Keadaan beliau agak lemah kerana kurang selera makan. Saya menasihatkan keluarganya untuk mendapatkan rawatan di hospital jika keadaan beliau semakin serius.

Semoga mereka semua cepat sembuh.

                                        
















Comments