ZIARAH TIGA KETUA CAWANGAN

Pada 5 Ogos 2022, saya telah menziarahi tiga orang ketua UMNO cawangan yang uzur. Mulanya Pak Teh Mansor, Ketua UMNO Cawangan Kampung Masjid Lama, Kuala Kedah. Beliau mengalami serangan jantung baru-baru ini.

Selepas itu saya melawat Puan Rodziah, Ketua UMNO Cawangan Telok Chengai Dalam yang baru menjalani pembedahan amputasi kaki (above knee amputation) dan Abang Mat Tadon, Ketua UMNO Cawangan Kg Ulu yang telah mengalami strok kali kedua. Saya menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada mereka untuk memudahkan pergerakan mereka.

Semoga mereka cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Setiausaha dan AJK Bahagian yang turut bersama.










Comments