KARNIVAL MINI #UNTUKRAKYAT PARLIMEN KUALA KEDAH SIRI 3

Pada 16 September 2022, saya telah merasmikan Karnival Mini #UntukRakyat Parlimen Kuala Kedah di SK Haji Ismail, Kuala Kedah.

Program siri ke-3 ini diadakan dalam DUN Kubang Rotan yang melibatkan jualan barangan harga patut oleh syarikat koperasi tempatan, kempen membanteras jenayah seksual kanak-kanak dalam talian oleh Unit Kanak-kanak JKM, saringan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Kuala Kedah dan bengkel keibubapaan reskilling anjuran LPPKN dengan kerjasama AADK.

Program ini adalah anjuran Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Kedah yang saya pengerusikan. Alhamdulilah, dalam tempoh kurang sebulan, kami telah selesai menganjurkan 4 program.

                                        














Comments