KEMPEN MEMBANTERAS JENAYAH SEKSUAL DALAM TALIAN TERHADAP KANAK-KANAK

Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak telah diadakan pada 16 September 2022 di Sekolah Kebangsaan Haji Ismail, Kuala Kedah. Program ini diadakan sempena Karnival Mini #UntukRakyat Parlimen Kuala Kedah anjuran Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Kedah.

Kempen ini adalah anjuran Jaringan Prihatin Kanak-kanak dan Unit Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar. Seramai 60 orang pelajar sekolah dan penghuni Pusat Jagaan Rumah Superkids telah terlibat sebagai peserta.

Antara aktiviti adalah Pertandingan Mewarna Lukisan Logo Kempen (Kaktus), Ceramah Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak - Tips Menjauhi Golongan Paedofilia. Semoga kempen ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir. Tahniah SK Haji Ismail kerana terpilih menjadi lokasi pertama di Negeri Kedah yang menjadi tuan rumah untuk kempen ini.

                                     














Comments