LAWATAN RASMI PM KE KEDAH

Sepanjang lawatan rasmi YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke Negeri Kedah, saya berkesempatan menghadiri beberapa program yang dirasmikan oleh beliau.

Pada malam 1 September 2022, YAB Perdana Menteri telah mengadakan majlis perjumpaan dan makan malam bersama kepimpinan Barisan Nasional Negeri Kedah. Selepas itu, beliau telah mengadakan mesyuarat tertutup bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian.

Pada 2 September 2022, saya menghadiri Program Kenuri Rakyat Padang Terap yang diadakan di Padang SK Kuala Nerang. Seterusnya YAB Perdana Menteri telah merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah di Pekarangan Stadium Darulaman. Pada malamnya pula adalah majlis walimatulurus anakanda Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani.

Ternyata sangat padat jadual lawatan YAB Perdana Menteri di Negeri Kedah. Semoga segala perancangan demi pembangunan negeri akan berjalan lancar. Terima kasih daun keladi Dato’ Sri, kalau boleh datanglah lagi.

                                           


























Comments