MESYUARAT MPUKP KUALA KEDAH BIL 2/2022

Pada 28 September 2022, saya telah mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen (MPUKP) Kuala Kedah Bil 2/2022. Syukur Alhamdulilah, dalam tempoh sebulan lebih sahaja, MPUKP ini telah berjaya menganjurkan 6 program.


Saya berpuas hati dengan penganjuran program ini kerana ia telah berjaya sedikit sebanyak membantu masyarakat setempat dalam meringankan beban kos sara hidup melalui program jualan harga patut.


Selain itu, program-program sampingan sempena Karnival Mini #UntukRakyat seperti kempen keselamatan kanak-kanak, saringan kesihatan, bengkel keibubapaan, program sumbangan golongan B40, program turun padang ziarah pesakit kronik dan program pencegahan dadah yang diadakan, diharapkan dapat memberi impak positif kepada pembangunan sosial masyarakat.


Pada akhir mesyuarat, saya menyampaikan surat penghargaan kepada semua Ahli Majlis yang terdiri daripada wakil-wakil usahawan, koperasi dan NGO serta agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Terima kasih semua di atas semangat berpasukan terbaik yang ditunjukkan.
                                       




























Comments