PAK TEH MANSOR DALAM KENANGAN

Pada 27 September 2022 jam 5.30 pagi tadi, saya telah kehilangan seorang sahabat baik. Pak Teh Mansor, Ketua UMNO Cawangan Kampung Masjid Lama adalah seorang yang tinggi komitmennya kepada masyarakat setempat dan sangat berjiwa patriotik. Beliau banyak berjasa kepada kampungnya ketika menjadi Pengerusi JKKK selama beberapa penggal.

Kali terakhir saya menziarahi beliau ketika hayatnya adalah pada bulan lepas selepas beliau baru keluar dari hospital. Alhamdulilah saya berkesempatan mengunjungi jenazah Allahyarham buat kali terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Al-fatihah.



Comments