PEGAWAI KESIHATAN DAERAH SAHABAT LAMA

Pada 14 September 2022, saya telah mengadakan perbincangan bersama sahabat lama saya, Dr Shareh Azizan bin Shareh Ali, Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar. Kami berbincang tentang beberapa perkara, antaranya berkenaan terma rujukan Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah, Program OSCA di Klinik Kesihatan Kuala Kedah dan kerjasama klinik-klinik kesihatan dalam pengurusan wanita hamil yang terlibat dadah dan anak-anak mereka. Kami pernah sama-sama bertugas di Pejabat Kesihatan ini 15 tahun lalu sebagai Pegawai Perubatan, dan sekarang beliau kembali sebagai bos.

Sebelum itu saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah Kota Setar Bil 3/2022. Banyak perkara dibincangkan antaranya isu kebajikan pesakit mental, penagihan dadah di kalangan wanita dan masalah gelandangan di Bandaraya Alor Setar. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pakar Psikiatri, wakil setiap klinik kesihatan, wakil JKM, AADK, PDRM dan MBAS.

                                       





Comments