PERSIDANGAN KES IBU TERLIBAT DADAH

Pada 27 September 2022, saya mempengerusikan Sesi Persidangan Kes bagi kes bayi yang dilahirkan oleh ibu kandung yang terlibat dengan dadah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Ketua Unit Pemulihan AADK Daerah, Pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM, Pegawai Psikologi JKM, Pegawai Unit Penguatkuasaan AADK dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kota Setar.

Lima kes dibentangkan yang memerlukan penyelarasan semua pihak. Salah satu kes yang dibincangkan adalah seorang wanita berumur 36 tahun di Kuala Kedah yang aktif menagih, baru 14 hari melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki. Wanita ini masih bersuami yang juga seorang penagih, dan anak perempuan sulungnya pula telah diletakkan di Rumah Kanak-kanak JKM kerana hamil bawah umur. Anaknya yang berumur 2 tahun telah diserahkan kepada neneknya atas perintah mahkamah sementara lagi dua orang sedang berada di Rumah Kanak-kanak JKM. Kami membuat keputusan agar bayi yang baru dilahirkan diletakkan sementara di tempat selamat JKM, dan AADK akan bertindak menghantar wanita ini ke Puspen selepas tempoh berpantang.

Inilah tindakan yang perlu kami selaraskan dan semua ini terpaksa dilakukan demi menyelamatkan bayi-bayi tersebut dan seterusnya memastikan pemulihan ibu-ibu mereka.

                                       






Comments