SEHARIAN DI PENGKALAN KUNDOR

Pada 28 September 2022, saya seharian berada di DUN Pengkalan Kundor. Mulanya saya menziarahi kematian kakak kepada Abang Non di Kampung Tebengau.

Selepas itu saya mengotakan janji kepada Pakcik Zin di Kampung Alor Pulai untuk menyampaikan kerusi roda yang baharu kepadanya. Kerusi roda lama beliau sudah daif kerana digunakan sejak 10 tahun lalu dari ketika beliau mula tidak boleh berjalan akibat masalah sendi paha dan lutut.

Seterusnya saya meronda untuk meninjau projek-projek pembangunan luar bandar bagi DUN Pengkalan Kundor yang tersenarai untuk kelulusan FELCRA. Antaranya adalah memperbaiki dewan orang ramai Sungai Nonang, menurap jalan masuk surau Kampung Hujung Sungai Tebengau, menaik taraf dataran kejat surau Selarong Panjang dan membina sistem perparitan di Kampung Benua.












Comments