ZIARAH PESAKIT DI ALOR PULAI DAN SUNGAI NONANG

Pada 3 September 2022, saya telah menziarahi beberapa orang pesakit kronik di sekitar Kampung Sungai Nonang dan Alor Pulai. Antaranya adalah suami isteri pesakit dialisis, pesakit strok, warga emas dan pesakit kanser yang mempunyai anak OKU yang berumur 3 tahun. Turut bersama saya adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Seterusnya saya menghadiri majlis tahlil dan kenduri kesyukuran bersama Ayahanda Ustaz Yusof di Sungai Nonang. Beliau merupakan tokoh setempat yang sangat dihormati di sini. Walaupun sudah berumur 85 tahun tetapi masih aktif dalam program-program kemasyarakatan.

Selepas itu saya bersama Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah singgah di Sungai Baru untuk menghadiri satu kenduri walimatulurus.























Comments