LIGA BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN DUN ANAK BUKIT

Pada 1 Oktober 2022, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kubang Teduh, saya telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Liga Bolasepak Bawah 12 Tahun DUN Anak Bukit anjuran Safa Team.

Kejohanan ini disertai 8 pasukan Sekolah Kebangsaan dalam DUN Anak Bukit. Tahniah SK Taman Aman kerana muncul sebagai Juara dan SK Seri Perdana sebagai Naib Juara. Program juga dimeriahkan dengan kehadiran Kelab Motor Wings. Usaha Safa Team ini harus dipuji sebagai inisiatif mencungkil bakat-bakat muda baharu.

















Comments