NURIN YANG CEKAL

Saya berasa agak sebak ketika melawat Adik Nurin Haziqah baru-baru ini di Kampung Seberang Kubang Rotan. Beliau berumur 6 tahun dan telah dilahirkan dengan masalah jantung (pulmonary atresia dan pulmonary stenosis) dan paru-paru kronik (bronchomalacia). Beliau telah menjalani 3 pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) setakat ini dan dijadualkan untuk menjalani satu lagi pembedahan dalam masa terdekat.

Ayah Nurin bekerja sebagai pesawah dan ibunya tidak bekerja. Kagum saya melihat kesungguhan dan kesabaran ibu bapanya dalam menjaganya. Sokongan daripada keluarga dan jiran tetangga juga sangat baik.

Saya memeriksa beliau dan mendapati beliau dalam keadaan stabil dengan kepekatan oksigen dalam darah yang memuaskan dengan penggunaan mesin BIPAP yang disambung pada lubang di leher (tracheostomy). Saya doakan Nurin sentiasa sihat dan akan selamat menjalani pembedahan nanti agar dapat mengharungi kehidupan seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.






Comments