PROGRAM KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA

Pada 19 Oktober 2022, saya telah merasmikan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara sempena Hari Terbuka Klinik Kesihatan Simpang Empat. Pelbagai acara diadakan antaranya sambutan Hari Warga Emas, pertandingan senyuman menawan (program pergigian), gubahan tuala, pakaian beragam kanak-kanak, pameran agensi, gerai jualan usahawan dan kempen membanteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.

Program anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Simpang Empat ini turut dihadiri Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar. Tahniah diucapkan kerana program ini telah dapat merapatkan hubungan antara komuniti dan pihak kesihatan.





























Comments