KISAH KEJAM BAPA PENAGIH

Pada 29 November 2022, saya bersama Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak JKM telah mengadakan lawatan ke atas seorang ibu yang telah kehilangan bayi berumur 3 bulan pada awal bulan lalu. Suaminya, seorang penagih dadah sedang menunggu tarikh perbicaraan atas dakwaan membunuh bayi lelaki mereka.

Keluarga dan masyarakat setempat perlu sentiasa prihatin untuk melaporkan kes penagihan dadah demi mendapatkan rawatan pemulihan segera. Pihak berkuasa juga seharusnya pantas bertindak sekiranya menerima laporan yang melibatkan tindakan agresif seseorang pengguna dadah. Seorang pengguna dadah yang sedang khayal adalah ibarat ‘bom jangka’ yang boleh memberi ancaman kepada keluarga dan masyarakat sekeliling pada bila-bila masa. Dalam kes ini, seorang bayi tidak berdosa telah menjadi mangsa.

Dalam lawatan ini, saya menyampaikan sumbangan daripada Pasukan Pelindung Kanak-kanak JKM bagi meringankan beban ibu muda berusia 22 tahun ini untuk menanggung dua lagi anaknya yang berumur 5 dan 2 tahun. Pihak JKM telah meluluskan bantuan bulanan dan telah mencarikan pekerjaan untuk beliau menyara hidup.

Saya berharap kisah sedih sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang dengan kerjasama dan komitmen semua pihak.




Comments