SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA 2022 PARLIMEN KUALA KEDAH

Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 Peringkat Parlimen Kuala Kedah telah diadakan pada 17 November 2022 di Klinik Kesihatan Simpang Empat. Saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah ‘Diabetes dan Komplikasi’ kepada para hadirin.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah demonstrasi masakan sihat, senaman chairobik, pameran diabetes, saringan komplikasi mata katarak dan retinopati, jualan murah peralatan kesihatan, kaunter farmasi dan rehabilitasi serta saringan kesihatan PEKA B40.

Tahniah Klinik Kesihatan Simpang Empat di atas kejayaan penganjuran program ini dengan meriah sekali demi meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat setempat. Hari Diabetes Sedunia disambut setiap tahun pada 14 November 2022 dan tema pada tahun ini adalah ‘Akses Kepada Penjagaan Diabetes – Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok’.

                                       

























Comments