20 TAHUN BERGELAR DR

5 Disember 2002 - 5 Disember 2022

Maka genaplah 20 tahun saya bergelar seorang doktor perubatan. Sepanjang tempoh ini saya berpengalaman berkhidmat di hospital kerajaan, hospital daerah, klinik kesihatan luar bandar, klinik swasta, pusat dialisis swasta dan kini di pusat perubatan swasta. Peluang bertugas di pelbagai institusi ini telah mematangkan saya dalam menjadi seorang jurukhidmat perubatan dan kesihatan yang sebaik mungkin.

Semoga ilmu yang sedikit yang ada pada saya ini telah memberi manfaat kepada pesakit, rakan sekerja, paramedik dan masyarakat. Insya Allah saya akan terus menabur bakti.



Comments