DETIK-DETIK BERMAKNA 2022

Tahun 2022 adalah satu tahun yang sangat bermakna dan meninggalkan banyak kesan dalam hidup saya. Tahun ini saya mengecapi pelbagai pencapaian dan pengiktirafan sama ada dalam kerjaya dan juga dalam aktiviti kemasyarakatan. Apa yang paling istimewa, tahun 2022 ini yang bersamaan 1443H adalah tahun saya dijemput sebagai dhuyufurahman untuk mengerjakan ibadah haji. Semoga ibadah haji saya dan isteri diterima oleh Allah swt dan dikurniakan haji yang mabrur. Pengalaman berkhidmat sebagai sukarelawan medik Sahabat Maktab di tanah suci telah banyak mengajar saya menjadi seorang doktor yang mampu merawat pesakit dalam situasi mencabar terutamanya ketika operasi masyair di Arafah dan Mina. 

Impian saya untuk menjadi seorang pakar perubatan telah termakbul pada tahun ini apabila saya telah lulus dalam peperiksaaan akhir Membership Royal College of Physicians (Ireland). Saya berpeluang berkunjung ke Dublin untuk majlis graduasi dan singgah di universiti lama saya di Galway yang menyimpan banyak memori indah ketika menjadi pelajar perubatan selama 6 tahun di sana.

Selain itu, tahun 2022 turut menyaksikan saya menerima Anugerah Friends of Police PDRM Kedah ketika sambutan Hari Polis ke-215 di IPK Kedah dan menerima sijil penghargaan daripada AADK Kedah sebagai Ikon  Anti Dadah Daerah Kota Setar. Khidmat saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar telah disambung untuk penggal kedua dan begitu juga tugas saya sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak. Tahun ini juga saya menerima tanggungjawab baharu sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pusat Latihan AADK Malaysia dan Pengerusi Jaringan Prihatin Kanak-kanak Kota Setar, selain berakhirnya tempoh khidmat sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah. 

Walau bagaimanapun, tugas yang paling berat yang saya terima adalah sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah berikutan pulangnya ke rahmatullah Allahyarham Dato' Hashim Jahaya. Walaupun prestasi Barisan Nasional Kuala Kedah di PRU15 untuk kerusi Parlimen sangat menyedihkan, namun saya harus terus memimpin parti bagi menghadapi Pilihanraya DUN Kedah pada tahun 2023. Semoga ada sinar kemenangan yang menanti.

Tahun 2022 adalah satu tahun yang saya amat sibuk dalam mengejar pencapaian peribadi terutamanya urusan ibadah haji dan persediaan peperiksaan. Ditambah pula dengan kuarantin akibat jangkitan covid19 dan kesibukan kempen PRU15. Tetapi untuk tahun 2023, insya Allah saya akan giatkan lagi aktiviti untuk masyarakat. Program-program temuseru kesihatan, pencegahan jenayah dan kebajikan kanak-kanak selain kerja-kerja politik akan menjadi fokus utama saya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan 2023 akan menjadi tahun yang cemerlang buat kita semua dalam segala lapangan sama ada urusan ibadah, bertambahnya rezeki dan sentiasa sihat sejahtera. Syukur Alhamdulilah atas segala nikmat yang telah dikurniakan pada tahun 2022. 


Dhuyufurahman


Temusihat di Gunong

Perbincangan One Stop Centre for Addiction di Klinik Kesihatan Kuala Kedah

Ziarah kanak-kanak kemalangan

Perjumpaan bersama Timbalan Presiden UMNO

Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar

Walkabout Hari Anti Dadah Kebangsaan 2022

Pasca Jangkitan Covid19

PRN Johor

Lembaga Penasihat Pusat Latihan AADK Malaysia

Anugerah Friends of Police PDRM Kedah 2022

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah bersama Pengarah AADK Kedah

Forum bersama Exco Kesihatan dan Timbalan Ketua Polis Kedah

Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Belia Daerah di Kampung Gelong Air, Anak Bukit

Program berbuka puasa Ikon bersama Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK

Program Sentuhan Kasih Ramadan Parlimen Kuala Kedah

Ceramah Kesihatan kepada Pegawai RELA Negeri Kedah

Gambar Kenangan bersama Allahyarham Dato' Hashim Jahaya

Program Ziarah bersama Ketua Pengarah ICU

Peperiksaan MRCP

Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah

Pemangkuan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah


Ibadah Haji bersama isteri tersayang

Pasukan Perubatan Maktab 49 Tabung Haji 

 Klinik Maktab 49 di Arafah

Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Kedah

Hari Potensi KEMAS Parlimen Kuala Kedah

Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 KEMAS Parlimen Kuala Kedah


Karnival Mini #UntukRakyat Parlimen Kuala Kedah 

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah

Mesyuarat Jaringan Prihatin Kanak-kanak Kota Setar

Diskusi Anak Muda BNComms Kedah

Program Komuniti Sihat Perkasa Negara Klinik Kesihatan Simpang Empat

Hari penamaan calon PRU15

Sijil Penghargaan Ikon Anti Dadah Daerah Kota Setar

Lawatan PDM ketika PRU15



Majlis Pentauliahan Persijilan Pusat Latihan AADK Malaysia

CME Pusat Dialisis AL-Hayat

Lawatan University of Galway

Graduasi MRCP



Comments