PROGRAM TAMAN ANGKAT AMANITA PDRM KEDAH

Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita PDRM Kontinjen Kedah oleh YDH DCP Dato’ Mohd Roze Shaari, Timbalan Ketua Polis Kedah telah berlangsung pada 27 Disember 2022 di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. Program ini adalah kerjasama PDRM bersama Jabatan Perpaduan dan Rukun Tetangga untuk menjadikan Taman Kota Nelayan sebagai taman angkat.

Pelbagai program pencegahan jenayah akan dilaksanakan selepas ini bagi mengubah imej Kuala Kedah yang sering dipandang sebagai kawasan ‘hotspot’ jenayah. Selaku Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar, saya telah menawarkan kerjasama MCPF untuk mengadakan program selanjutnya bersama PDRM di taman penempatan nelayan ini.

                                        










Comments