PROJEK AMENITI SOSIAL

Pada 28 Disember 2022, saya telah mengadakan lawatan untuk meninjau perkembangan Projek Ameniti Sosial (PAMS) di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk Parlimen Kuala Kedah.

Antaranya adalah projek baik pulih dewan orang ramai di Kampung Haji Jamal, Sungai Nonang, Kampung Darat, Hujung Alor dan surau Selarong Batak, pembinaan sistem perparitan baharu Kampung Benua dan penurapan dataran kejat Surau Selarong Panjang.

Hasil lawatan saya mendapati kerja-kerja projek ini berjalan lancar dan menepati perancangan tetapi ada beberapa projek yang perlu disegerakan. Semoga semua projek ini memberi manfaat kepada penduduk setempat.















Comments