SETIA BERSAMA BAS CITY LINK GALWAY

Pada 12 Disember 2022, saya berkesempatan melawat kembali sekolah perubatan saya di University Of Galway, Republic of Ireland. Dari Dublin, saya tetap setia menaiki bas City Link ke Galway. Syarikat bas City Link ini banyak berjasa kepada saya sepanjang enam tahun menjadi pemimpin Kelab UMNO Ireland dahulu.

Aktiviti pelajar ketika itu semuanya berpusat di Dublin, dan walaupun saya dengan kesibukan sebagai pelajar perubatan di Galway tetap perlu berulang alik ke Dublin pada hampir setiap hujung minggu yang mengambil masa lebih 4 jam setiap kali perjalanan untuk menguruskan hal ehwal dan program pelajar, mesyuarat jawatankuasa serta program bersama pejabat kedutaan. Tempoh ini banyak mengajar saya erti pengorbanan sebagai seorang pemimpin.

Perjalanan ke Galway-Dublin sekarang hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja dengan adanya lebuh raya baharu dan bas yang lebih selesa dengan kemudahan wifi dan tandas. Ternyata hidup zaman ini lebih mudah.



Comments