KEJAYAAN PROGRAM PELUANG KEDUA JKPD

Pada 9 Januari 2023, saya bersama pegawai-pegawai Unit Rawatan dan Pemulihan AADK Daerah Kota Setar telah melawat seorang klien AADK, Faizal (bukan nama sebenar) yang telah berjaya dibantu untuk memperoleh pinjaman Tekun bagi mengembangkan perniagaan penternakan kambingnya. Beliau adalah salah seorang klien AADK yang menyertai Program Peluang Kedua yang saya lancarkan di bawah inisiatif Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar dengan kerjasama Tekun Nasional pada tahun 2021.

Faizal memaklumkan kambing yang dibelanya pernah sampai lebih 50 ekor, tetapi sekarang tinggal 20 ekor sahaja selepas dijual. Jenis kambing yang dibelanya adalah baka kampung dan baka Boer. Ternyata penglibatannya dalam bidang keusahawanan penternakan ini telah dapat mengembalikannya ke pangkal jalan. Semoga perniagaannya akan terus maju.









Comments