PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK KLIEN AADK

Pada 27 Januari 2023, telah diadakan Program ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar dan Jaringan Prihatin Kanak-kanak Kota Setar dengan kerjasama Pasaraya Mydin.

Pihak kami mengambil inisiatif menaja pembelian pakaian dan kelengkapan sekolah untuk anak-anak klien AADK. Ada di antara kanak-kanak ini yang ibu bapa mereka sedang menjalani perintah rawatan pemulihan di Puspen. Kanak-kanak tersebut kini diletakkan di bawah penjagaan sementara datuk/nenek atau ibu/bapa saudara masing-masing oleh Pelindung Kanak-kanak. Semoga mereka akan sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu pada sesi persekolahan baharu nanti.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haffizie Yahya iaitu Ketua Pegawai AADK Daerah dan pegawai-pegawai beliau, Pegawai-pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM, Exco-exco Majlis Belia Daerah dan Skuad AADK Daerah Kota Setar kerana turut hadir menjayakan program murni ini.


























Comments