LAWATAN OSCA KLINIK KESIHATAN KUALA KEDAH

Pada 9 Januari 2023, saya bersama pegawai-pegawai Unit Rawatan dan Pemulihan AADK Daerah Kota Setar telah mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan Ketagihan atau One Stop Centre for Addiction (OSCA) di Klinik Kesihatan Kuala Kedah.

Kami berbincang bagaimana untuk mempromosikan lagi kemudahan ini untuk masyarakat di Kuala Kedah. OSCA ini menawarkan rawatan untuk pelbagai jenis bentuk ketagihan. Namun bagi kami, keutamaan yang kritikal buat masa ini adalah rawatan untuk ketagihan methamphetamine kerana ia menjadi gejala yang membimbangkan di kalangan orang muda di sini.

Dalam perbincangan, kami berpendapat, pusat ini memerlukan seorang pegawai kaunselor tetap bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan.

Dalam lawatan ini juga, saya merasmikan sudut OSCA inisiatif Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar sebagai satu kaedah pendidikan pencegahan dadah kepada masyarakat umum.

                                        










Comments