MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN KERAJAAN PERPADUAN

Pada 7 Januari 2023, telah diadakan majlis jamuan kesyukuran sempena penubuhan kerajaan perpaduan anjuran PKR Cabang Kuala Kedah. Saya hadir memenuhi jemputan bersama kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Kehadiran kami disambut oleh Dr Azman Ismail, Ketua Cabang PKR Kuala Kedah yang merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah yang telah berkhidmat selama dua penggal lalu. Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan PKR di atas jemputan ini dan layanan yang mesra.

Saya pernah bertanding menentang Dr Azman satu lawan satu pada PRU13 iaitu 10 tahun yang lalu. Penubuhan kerajaan perpaduan telah mempertemukan kami demi kebaikan rakyat Kuala Kedah.











Comments