MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN MENTAL BIL 1/2023

Pada 4 Januari 2023, saya menghadiri mesyuarat terakhir Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah Kota Setar yang dipengerusikan oleh Dr Siti Aishah binti Johari. Beliau akan bersara wajib pada bulan hadapan. Terima kasih di atas khidmat bakti sepanjang 5 tahun lepas dalam mengkoordinasi kerjasama pelbagai agensi demi membantu para pesakit mental dari segi rawatan klinikal dan kebajikan kehidupan mereka.

Jawatankuasa Kesihatan Mental ini mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik-klinik kesihatan dalam daerah, Jabatan Psikiatri, Pemulihan Carakerja (occupational therapy), Polis, AADK, Farmasi, Pejabat Daerah, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.






Comments