MESYUARAT JPKK KOTA SETAR BIL 1/2023

Mesyuarat Jaringan Prihatin Kanak-kanak (JPKK) Daerah Kota Setar Bil 1/2023 telah berlangsung pada 10 Januari 2023. Awal-awal tahun ini, saya memang banyak mempengerusikan mesyuarat NGO-NGO bagi merancang aktiviti sepanjang tahun baharu.

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli mesyuarat JPKK yang terdiri daripada Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak, Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah yang sentiasa komited dalam program-program kebajikan dan keselamatan demi kebaikan kanak-kanak Kota Setar.

                                     





Comments