SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA SUPERKIDS

Pada 26 Januari 2023, saya bersama Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Unit Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar telah mengadakan majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama penghuni Rumah Kebajikan Kanak-kanak Superkids Alor Setar.

Rumah kebajikan ini telah beroperasi sejak 22 tahun yang lalu dan kini menempatkan 39 orang kanak-kanak yang di antaranya adalah anak-anak yatim dan anak-anak yang terabai. Kami juga meraikan sambutan hari lahir Puan Phoebe Tan, iaitu individu yang bertanggungjawab mengurus pusat ini.










Comments