KETUA UMNO CAWANGAN KAMPUNG KOMPLEK PENGGAL KETIGA

Syukur Alhamdulilah, pada 4 Februari 2023 telah selesai Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kampung Komplek 2023. Kami merupakan cawangan pertama di Kuala Kedah yang bermesyuarat dan saya telah dipilih sebulat suara sebagai ketua cawangan untuk penggal yang ketiga.

Untuk makluman, UMNO Cawangan Kampung Komplek ini diasaskan oleh ayahanda saya pada tahun 1988. Ia mengambil nama sempena Kompleks Maju Ikan (LKIM) yang ada di Lorong 1 tetapi telah dirobohkan empat tahun lalu.

Tahniah diucapkan kepada ketua wanita dan ketua pemuda cawangan yang baru dipilih. Dalam ucapan penangguhan, saya telah mengumumkan akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah. Mohon doa restu semua.








Comments