MAJLIS PERJUMPAAN MCPF KEDAH

Majlis perjumpaan Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah telah diadakan pada 25 Februari 2023 di Manzur Cafe, Alor Setar. Kami membincangkan persediaan rombongan perwakilan Kedah untuk ke Mesyuarat Agung MCPF Kebangsaan pada 11 Mac 2023 nanti.

Saya telah memaklumkan saya tidak dapat menghadiri mesyuarat agung ini dan tidak akan bertanding untuk jawatan Exco MCPF Pusat kali ini kerana sibuk dengan mesyuarat dan pemilihan UMNO. Pada tarikh tersebut akan berlangsung mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.







Comments