PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK 2023-2025

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di atas kepercayaan melantik saya semula sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak untuk penggal kedua mulai tahun 2023 hingga 2025.

Pada 15 Februari 2023, saya memulakan tugasan pertama untuk penggal baharu di Mahkamah Bagi Kanak-kanak Daerah Kota Setar bersama Puan Phoebe Tan. 4 kes telah dibicarakan iaitu 3 kes remaja rempit motosikal dan 1 kes penyalahgunaan dadah ecstasy (MDMA). Untuk kes ecstasy saya bersetuju remaja berumur 16 tahun tersebut dikenakan perintah menghadiri sesi kaunseling bersama pegawai kaunselor JKM dan melapor diri setiap bulan di Pejabat AADK Daerah selama setahun.

Jaga dan pantaulah anak-anak kita.

                                       





Comments