ANUGERAH KEKALAHAN

Syukur Alhamdulilah telah selesai dengan tertib dan lancar Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan UMNO Bahagian Kuala Kedah pada 18 Mac 2023. Walaupun saya tewas untuk jawatan Ketua Bahagian yang telah saya pangku selama 10 bulan lepas, saya tetap bersyukur. Sepanjang 5 tahun lepas, pengalaman bergelumang onak dan duri dalam arena politik Kuala Kedah dan melalui pelbagai dugaan telah banyak mematangkan saya. Ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada kepimpinan baharu.

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada team ‘Wajah Baharu Kuala Kedah’ yang saya kasihi yang telah bertungkus lumus sekian lama untuk kemenangan tetapi apakan daya, tiada rezeki untuk kita. Semangat, kesetiaan dan kerja keras kalian amat saya sanjung tinggi. Mungkin belum sampai masanya akar umbi memahami dan menerima konsep ‘wajah baharu’ yang kita maksudkan.

Insya Allah, perjuangan untuk masyarakat akan tetap diteruskan. Mungkin kekalahan ini ada hikmahnya untuk saya menumpukan lebih masa untuk keluarga dan karier. Yang pasti ini satu nikmat untuk saya berehat sebentar daripada politik. Saya pasti akan bangkit semula satu hari nanti.






Comments