FORUM KESELAMATAN PROGRAM GERAK RAHMAH 2023

Pada 17 Mac 2023, telah diadakan Forum dan Dialog Keselamatan sempena Program Gerak Rahmah - Jom Ronda Perdana Skim Rondaan Sukarela KRT Peringkat Daerah Kota Setar bertempat di Dewan Terbuka, Masjid Hidayatul Solihin, Sungai Baru Gunong, Anak Bukit. Perasmian program disempurnakan oleh YDH ACP Ahmad Shukri bin Mat Akhir, Ketua Polis Daerah Kota Setar.

Saya sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar telah dijemput sebagai ahli panel forum bersama ASP Mohd Zahrin bin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Kota Setar dan Tuan Nasruddin bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah (Penguatkuasaan dan Keselamatan) AADK Negeri Kedah. Forum ini membincangkan isu-isu pencegahan jenayah berkaitan jenayah komersil dan penyalahgunaan dadah.



















Comments