MESYUARAT TERAKHIR SEBAGAI PEMANGKU KETUA BAHAGIAN


Pada malam 5 Mac 2023, saya telah mempengerusikan mesyuarat terakhir Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah untuk penggal yang bermula 2018 dan sepatutnya berakhir pada 2021.

Saya mula memangku tugas Ketua Bahagian mulai Mei 2022 selepas Allahyarham Dato’ Hashim Jahaya kembali ke rahmatullah. Dalam tempoh 5 tahun ini, pelbagai peristiwa yang tidak dijangka telah berlaku dalam arena politik tanahair. Semua ini telah banyak mengajar dan mematangkan saya.

Mesyuarat khas ini membincangkan persiapan mesyuarat perwakilan dan pemilihan penggal baharu untuk Bahagian, Wanita dan sayap-sayap yang bakal berlangsung minggu hadapan. Saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua yang terlibat dan berharap semua dapat bersaing secara sihat sebagai sebuah keluarga besar UMNO Kuala Kedah.

 

Comments