PERGINYA MB KEDAH KE-8

Tanggal 8 Mac 2023 adalah hari yang menyedihkan bagi seluruh rakyat Negeri Kedah apabila kita menerima perkhabaran bahawa Dato’ Seri Syed Razak bin Syed Zain telah kembali ke rahmatullah. Saya berkesempatan memberi penghormatan terakhir buat beliau di Masjid Nurul Ehsan sebelum jenazah beliau disemadikan di Kubang Rotan.

Jasa beliau sangat besar kepada rakyat ketika berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah ke-8, ADUN Kubang Rotan dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah yang ke-5. Semoga segala jasa Allahyarham akan dikurniakan ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt.

Saya mengenali beliau sejak 2004 lagi apabila terlibat sebagai Setiausaha PDM Kampung Tengah ketika PRU11 dan bekerja keras untuk memastikan beliau menang mempertahankan kerusi DUN Kubang Rotan. Ketika PRU13 pula, beliau sanggup turun membantu dan berkempen bersama saya ketika saya bertanding kerusi Parlimen Kuala Kedah.

Di sini dikongsikan gambar-gambar kenangan saya bersama Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-fatihah.























Comments