PROGRAM BERSAMA IKON AADK DI MASJID GUNUNG SALI

Program Bersama Ikon AADK telah diadakan pada 10 Mac 2023 bertempat di Masjid Gunung Sali, Alor Setar. Program ini meliputi pameran anti dadah dan penyampaian khutbah Jumaat yang bertemakan pencegahan dadah oleh Ustaz Mohd Ali dari AADK Kedah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Imam, Haji Omar bin Saad sudi menyambut dan memudahcarakan program kami. Beliau juga adalah seorang sahabat baik saya yang sudah lama tidak bertemu.

Program ini adalah satu inisiatif program pencegahan dadah di Mukim Mergong yang telah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi (KBT). Turut hadir Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Kota Setar, Tuan Zakaria bin Saad.











Comments