TAHNIAH WANITA UMNO KUALA KEDAH

Ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua perwakilan wanita cawangan yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam pemilihan Wanita UMNO Kuala Kedah kelmarin.

Tahniah diucapkan kepada Datin Noor Hasita Mat Isa di atas kemenangan mempertahankan kerusi Ketua Wanita Bahagian. Tahniah juga diucapkan kepada Dato’ Dr Mashitah Ibrahim kerana telah berjaya memberi saingan sengit.

Ini merupakan satu pertandingan dalam keluarga, kita tidak menang semua dan kita tidak kalah semua. Saya berharap kita dapat rapatkan barisan kerana matlamat perjuangan kita lebih besar. Wanita adalah tulang belakang parti.



Comments