WAJAH BAHARU UMNO KUALA KEDAH


Assalamualaikum para perwakilan cawangan UMNO Bahagian Kuala Kedah yang dikasihi.
Menyedari hakikat bahawa parti UMNO memerlukan pejuang cekal yang sentiasa setia pada waktu susah dan senang demi kemandirian masa hadapan bangsa.

Menyedari peri pentingnya UMNO memerlukan transformasi dari segi gerak kerja dan budaya berpolitik yang profesional dan berimpak.

Menyedari kehendak mengisi kesinambungan kepemimpinan yang berteraskan tradisi keilmuan, mahir berorganisasi dan kebaktian rakyat dalam meremajakan wadah perjuangan.

Saya dengan rasa insaf dan rendah diri menawarkan jiwa dan raga untuk berkhidmat sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Insya-Allah dengan idea dan kudrat yang ada kita akan menggembleng tenaga orang-orang UMNO, meraih sokongan orang muda dan menggerakkan gelombang politik baharu di Kuala Kedah, demi memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui perjuangan UMNO yang sejati.
Saya menawarkan ‘wajah baharu’ UMNO Kuala Kedah.

Mohon sokongan dan doa restu semua.
Salam hormat dan salam perjuangan

Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid
7 Syaaban 1444H bersamaan 28 Februari 2023

Comments