MAJLIS BERBUKA PUASA KAMPUNG KELONCOR

Alhamdulilah pada 15 Ramadan 1444H bersamaan 6 April 2023 saya telah berbuka puasa bersama komuniti Kampung Keloncor, Kubang Rotan. Turut hadir bersama adalah Exco-exco Majlis Belia Daerah Kota Setar dan guru-guru Tadika KEMAS Kampung Keloncor.

Selepas itu, saya singgah ziarah Mak Teh sekejap sebelum solat tarawih. Beliau kurang sihat sejak awal Ramadan lagi. Simptom beliau nampak macam ‘slipped disc’. Saya menasihatkan beliau agar mendapatkan siasatan dan rawatan lanjut di hospital. Mak Teh adalah kakak ipar Abang Roslan, Ketua UMNO Cawangan Keloncor. Semoga beliau cepat sembuh.

Terima kasih Abang Roslan kerana telah menyelaras program ini dengan jayanya.

                                      










Comments