MAJLIS BERBUKA PUASA TEBENGAU

Majlis berbuka puasa bersama komuniti Tebengau telah diadakan pada 18 Ramadan 1444H bersamaan 9 April 2023. Program dimulakan dengan bacaan tahlil, selepas itu berbuka puasa dan seterusnya kami sama-sama menunaikan solat tarawih berjemaah di Surau Kampung Hujung Sungai Tebengau.

Imam tarawih adalah seorang hafiz dan merupakan anakanda kepada sahabat saya, Nazar Ahmad. Merdu sekali bacaannya. Saya tumpang berbangga. Alhamdulilah.

Semoga program kemasyarakatan sebegini dapat mengeratkan ukhwah sesama kita.







Comments