PROGRAM PSIKOSPIRITUAL AADK KOTA SETAR

Pada 8 Ramadan 1444H bersamaan 30 Mac 2023, Program Psikospiritual bersama lebih kurang 40 orang klien AADK Daerah Kota Setar telah diadakan di Masjid Fathul Ariffin, Jabi, Pokok Sena.

Sesi pengisian motivasi disampaikan oleh Ustaz Manaf, Penasihat Pondok Moden Darussalam Changlun. Walaupun sudah berumur 80 tahun, beliau masih aktif lagi mengajar dan berceramah. Pesan beliau, insan yang berjaya adalah orang yang bijak mengurus diri dan sentiasa sibuk dengan hal ehwal untuk memperbaiki diri sendiri. Di samping itu, seorang mukmin juga adalah cermin bagi mukmin yang lain berdasarkan hadis berikut :

Riwayat Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ

“Seorang Mukmin itu cermin bagi Mukmin yang lain, dan seorang Mukmin itu saudara bagi Mukmin yang lain; ia membantu saudaranya ketika kehilangan serta membelanya dari belakang.”
[Hadis Riwayat Abu Daud No: 4272, Hadis Hasan]

Ini bertepatan dengan matlamat program ini yang mahu para klien memperbaiki diri dan membantu mereka kembali ke pangkal jalan. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa.

                  










Comments