PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN KOTA SARANG SEMUT

Pada 24 Ramadan 1444H bersamaan 15 April 2023, telah berlangsung Program Sentuhan Kasih Ramadan Kota Sarang Semut. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan diikuti penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 25 orang wakil keluarga B40.

Seterusnya saya berbuka puasa bersama komuniti Kota Sarang Semut dengan bermenukan nasi daging. Terima kasih Cikgu Haji Abdul Latiff Basri selaku Ketua UMNO Cawangan kerana menyelaras program dengan jayanya.

Sebenarnya Kota Sarang Semut sangat dekat di hati saya kerana saya pernah bertugas di Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut pada tahun 2005 dan ramai juga saudara mara saya di sini.















Comments