PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN KAMPUNG KOMPLEKS

Sebagaimana seperti setiap bulan Ramadan sebelum ini, program penyampaian sumbangan tetap diteruskan di kampung saya. Tanggungjawab saya sebagai Ketua UMNO Cawangan tidak pernah dilupakan. Bertempat di hadapan rumah Abang Amiruddin, Timbalan Ketua UMNO Cawangan di Lorong 1, kami menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada orang-orang kampung yang memerlukan.

Terima kasih kepada Kak Sopiah, Ketua Wanita Cawangan saya kerana membantu menyelaras program ini.







Comments