SUMBANGAN RAMADAN KUALA KANGKUNG

Pada 28 Ramadan 1444H bersamaan 19 April 2023, Jaringan Prihatin Kanak-kanak (JPKK) Daerah Kota Setar telah menganjurkan program penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 100 orang kanak-kanak di Kuala Kangkung. Bakul makanan ini adalah tajaan Mak Bee Utara Sdn Bhd iaitu syarikat pembuat kuah rojak yang terkenal. Program ringkas ini diadakan di pekarangan Pelantar Kayu Kuala Kangkong.

Saya selaku Pengerusi JPKK bersama Puan Shazana Mahazir, Pengarah Urusan Mak Bee Utara Sdn Bhd menyampaikan bakul makanan yang antaranya mengandungi beras 10kg, barangan dapur dan ayam segar. Sumbangan diterima oleh wakil-wakil keluarga komuniti Pelantar Kayu Kuala Kangkong yang merupakan masyarakat nelayan.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban masyarakat golongan B40 yang sangat memerlukan di sini menjelang Aidilfitri. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Mak Bee Utara Sdn Bhd. Syukur Alhamdulilah, ini adalah program penutup saya untuk Ramadan tahun ini yang sangat penuh dengan pelbagai program penyampaian sumbangan.




















Comments