TOKOH BERJASA KUBANG PASU

Pada 10 Ramadan 1444H bersamaan 1 April 2023, saya berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Zaini bin Japar, mantan ADUN Bukit Kayu Hitam dan mantan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu. Allahyarham meninggal dunia pada awal paginya ketika sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Allahyarham agak rapat dengan saya, bukan sahaja kerana anaknya sahabat baik saya, tetapi terutamanya semenjak kami sama-sama sebelum ini dalam Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Banyak juga saya sempat belajar daripada beliau memandangkan saya ini masih baharu dalam politik.

Saya yakin segala jasa baik dan khidmat bakti beliau akan sentiasa tersemat dalam sanubari orang-orang Kubang Pasu. Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan Masjid Changlun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau. Al-fatihah.

                                          






Comments