AJK DIABETES MALAYSIA KEDAH DAN HARI LAHIR

Pada 24 Mei 2023, saya telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Diabetes Malaysia (DM) Cawangan Negeri Kedah Kali Ke-25 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. Terima kasih diucapkan kepada para perwakilan kerana memilih saya untuk kembali berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa DM Negeri selepas 2 tahun berehat.

Kebetulan hari ini adalah hari lahir saya, maka saya telah diberi penghormatan untuk memotong kek sambutan ulangtahun penubuhan DM Kedah yang ke-25. Selepas itu, saya menang pula hadiah cabutan bertuah. Memang bertuah sungguh saya hari ini.

Terima kasih semua sekali lagi. Insya Allah, saya akan terus menabur bakti dalam menganjurkan program-program saringan, pencegahan dan pendidikan diabetes demi kebaikan kesihatan rakyat Negeri Kedah.










Comments