BENGKEL PENCEGAHAN JENAYAH DAN PELENCONGAN SOSIAL 2023

Bengkel Pencegahan Jenayah dan Pelencongan Sosial Kuala Kedah 2023 telah diadakan pada 6 Mei 2023 di Dewan Pantai Leman, Restoran Anjung Kuala. Program ini merupakan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar dengan kerjasama KRT Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah.
Antara pengisian program ini adalah ceramah tentang peranan Pelindung Kanak-kanak oleh JKM, ceramah pemberdayaupayaan komuniti oleh AADK dan ceramah peranan komuniti dalam pencegahan jenayah oleh PDRM.

Terima kasih diucapkan kepada YDH ACP Ahmad Shukri bin Mat Akhir, Ketua Polis Daerah Kota Setar kerana sudi merasmikan program. Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pegawai AADK Daerah, Pegawai Perpaduan Daerah dan Naib Pengerusi MCPF Kedah kerana turut hadir memberi sokongan. Semoga pengisian bengkel ini memberi manfaat kepada semua peserta yang merupakan ahli komuniti Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah.


























Comments